30 Jun 2008

SAYUR-SAYURAN

gua rasa saranan menanam sendiri sayur2an di rumah adalah amat bijak dan bagus. sebagaimana yang kita ketahui, penanam2 sayur rata2nya menggunakan racun serangga yang amat tidak baik untuk sayur2an. di cameron highlands pulak, banyak tanah dicerobohi dan dirogol untuk dijadikan kawasan penanaman yang baru. pihak berkuasa membuat kenyataan tidak cukup kaki tangan untuk memantau penerokaan haram ini. maka dengan sebijik batu, kita telah berjaya membunuh 3-4 ekor burung sekaligus apabila kita melaksanakan cadangan yg brilliant nih.

pertamanya, kita dapat mematikan penanam, pemborong dan penjual sayur2an di seluruh negara. untuk memastikan saranan ini memberi impak yg maksima, mulakan kempen jutaan ringgit kepada syarikat kroni. kita berkempen agar semua rakyat menanam sayur2an di rumah dan tidak membeli. berikan subsidi dlm bentuk tanaman secara hidroponik yg dikelolakan oleh syarikat kroni. mungkin boleh kerjasama dgn majlis tempatan melarang penanaman sayur di atas tanah. maka mahu tidak mahu, rakyat kena gunakan kaedah hidroponik.

gua percaya penanam2 sayur2an yg meneroka tanah kerajaan atau hutan simpan akan dihukum dgn lebih berkesan. mereka jugak perlu dihukum kerana cuba meracuni kita dgn racun2 kimia atau penggunaan baja dari tahik bodolah ....eh, babi. bagi pemborong dan peniaga pulak, ini akan membolehkan mereka memikir cara yg baru untuk mencari rezeki dan mengeluarkan mereka drpd comfort zone mereka. mereka harus pandai mencarik peluang baru kerana sebagai gomen, pemimpin hanya perlu mencari peluang untuk tembolok mereka sendiri. pemberian kontrak di atas akan mengayakan kroni2 mereka dan juga poket mereka sendiri.

jelas kepimpinan bodolah telah berjaya mengengahkan konsep yg sangat baik di dalam menangani impak kenaikan harga petrol. spt yg gua poskan sebelum ini, kalau tak pandai carik duit, kita save duit. pemikiran bodolah memang selari dgn jutawan bolehland bernama ajiji ali. bagossssss..................

24 Jun 2008

SAKAT MENYAKAT

dulu depa gelak kat ustaz firdaus dan gelar dia ustaz tendang tong. lani gua nak habaq kat ustaz hashim jasin plak, lu nak jadik ustaz apa?

minggu lepas gua attend 1 meeting yg dipengerusikan oleh mb selangor. gua ada skeptikal jugak dgn kepimpinan yb tan sri sebagai mb. tapi bila gua dok dalam meeting tu, gua dpt observe dia straightforward kepada agenda yg dibincangkan. dan paling penting, knowledge dia tentang kewangan dan approach dia kepada bottom line iaitu profit sangat mudah dan ringkas. kalau tak boleh generate income, then save kos. bila ada savings, bermaksud ada wang extra untuk dibelanjakan bagi benda lain yg lebih berpekdah. gua pun rasa nak bagi can kpd tan sri dlm tempoh 4/5 tahon ni untuk buktikan dia lagi baik drpd dr. khir. masa akan tentukan. dr mulot org (hearsay la ni), dr khir dulu meraban dan tau nak maki org je dlm meeting. gua tak berani komen, nanti jadik fitnah.

nampaknya tak de menda berlaku di parlimen semalam. main poker lagi rupanya ahli politikus kita, kerja nak bluff je. dan gua rasa kelakar bila menteri yg digelar burung tiong nak bentangkan cadangan naikkan harga barangan. lahhhh ... sejak bila korang naikkan rega melalui parlimen ni? tak de kerja lain ke? adakah ini yg dikatakan ketelusan dan akauntabiliti. entah ler....

22 Jun 2008

KENTOT IS GOOD



itu gelembong apa???? semua tempat kasi kentot. so what???? kentot adalah 1 nikmat. just imagine perot lu berangin tapi lu mau kentot, angin tak mau keluar. lu mesti angin 1 badan kan?

kalau lu tahan kentot, angin akan naik kepala. bila angin dah sampai kepala, lu akan berangin. oleh itu, kentot is good for your health. cuma jgn jadikan habit kentot di khalayak ramai. ia dianggap suatu perbuatan biadap kerana dr segi peratusan kentot, majoritinya adalah umpama gas beracun yg bisa melumpuhkan deria hidu org di keliling lu.

bagi gua, adalah lebih baik kentot di khalayak ramai drpd asyik mengencing sana sini. bau hancing ni gua tak tahan especially lepas dia makan jering atau kerdas ... pergh..... paeng!!!!!

NEVER MIND



tidak apa. biarkan saja.

kita tengok dulu apa nak jadi. agak2 dah tak boleh kontrol, baru kita decide apa nak buat. eh ..... apa guna plan awal2. kalau tak jadik nanti, buang masa je fikir dan rancang semuanya. sape yg malu?????

tidak mengapa. kalau jadik jugak, semua tu takdir. siapa kita nak melawan ketentuan Tuhan? kita kan manusia kerdil yg lemah ..... anyway, kita dah sampai ke nirvana, syurga dunia .... happy bro, mari enjoy sepuas2nya.

14 Jun 2008

BODOHLAH

akhirnya depa dpt 1 solution yg maha hebat. gua jangka siapa yg buat cadangan ni akan mendapat hadiah nobel kemanusiaan tahun ni. apa yg gua ngarot ni? gaji pekerja gomen akan dibayar 2 kali seminggu!!!! wow ....... gua sangat envy kpd mereka ini. setiap 2 minggu depa akan dpt wang. wait seminit ...... macamana kalau gaji dia 2 ribu rm je sebulan? garu kapla sat .... no problem. kita cipta solution dulu, kalau ada problem, kita carik solution kpd problem tersebut. no wonder kita asyik ditimpa masalah demi masalah. org yg cuba menyelesai masalah tidak faham apakah masalah itu sebenarnya.

apa agaknya cerita di pejabat pos hari ni? sebagai rakyat bolehland yg tipikal, gua jangka mesti penuh sesak dgn tuan-tuanpunya kereta di bawah 2000 cc. semua akan berebut2 menuntut bayaran subsidi sebanyak RM625. gua hairan jugek. kata bodohlah bodohwi, dia bagi subsidi untuk ringankan bebanan rakyat berpendapatan rendah. helllloooooo .... hang ingat yang mampu pakai 5 bijik kereta hidop susah ka? hat ni gua tak mampu cerna atau fahami. gua pun hanya mampu pakai sebijik kereta dgn gaji yang alhamdulillah ok ni. sapa yg mampu pakai 5 bijik kereta kalau bukan org senang? BODOHLAHHHHHHH!!!!!!

dan diumumkan oleh bodohlah bodohwi bahawa gomen pusat akan kembalikan semula royalti minyak kepada ganu. weiiii ??????? tun det kata mana ada perjanjian bayar royalti, maka apa2 wang yang disalorkan kepada ganu ialah wang ehsan (org ganu ni misikin2 kot sampai perlukan wang ehsan????). tetiba pak lah kata akan bagi BALIK ROYALTI kepada ganu. kejadian ajaib apakah ini? ish ... sapa la gua nak percaya nih? dah sah penipu alamatnya kena pilih org lain la plak. sapa ek????? dsai .... eeeeeee, kaki arbok gua anti!!!!!

katanya bodohlah cabar PR untok turonkan rega minyak?????? adakah gua telah back to the future dan kini berada di kelas tadika gua????? gua tengok muka gua kat ceromin, ada jerawat dan rambot pun ada uban. gua cubit peha kiri gua, peha kanan gua rasa perit. gua tampar2 muka gua ... sah, gua berada di zaman ini. gua tampar bodohlah kang!!!!!! bodohlah si bodohlah bodohwi nie...... pesal le tun det lantik lu jadik pee m???? asyik nak mengencin' rakyat je lu....

10 Jun 2008

MEMBEBEL

zaman tun det dulu dia berbelanja sakan sampaikan khazanah negara tinggai kosong. sian pak lah bila dia ambik alih, tak dak duit. sampaikan pak lah terpaksa bataikan banyak projek det yg belum atau sedang berjalan termasukla jambatan bengkok dan landasan ketapi berkembaq. pak lah terpaksa pujuk rakyat supaya sama2 bekerja dgn dia. ish ... apa la tun det dah buat sampai lenyap duit negara???

tun det plak kata dlm blog dia, pak lah bataikan jambatan bengkok pasai marah tak dapat juai pasiaq kpd spore. wow ...... det jugak ada bilang, pak lah dah salah-guna duit rakyat dalam 3 perkara lain. gua rasa dia akan bongkar 1 persatu kot lepas ni. ish, geli geleman la gua tengok org2 tua bergaduh. dah senja nak masuk maghrib woi ...... yg dok main2 kat luaq tu pasai apa? satni kena suruk hantu kopek baru tau.

nasib baik gua ni hati lembot dan mudah pecaya. gua pun tetap sokong pak lah sampai ke lani. hangpa tak sian ka kat perdana menteri kita? hangpa kata dia tau penaik benda saja... adaka patot? ada satu benda dia tak penaik tau..... nak tau apa??? peliaq dia la !!!!! ada hati nak melawak kata jin mengandong ..... ka press yang camdek dia dan dia tak paham, pi layan .... hahaha ... pak lah pak lah... lelah gua!!!! pak lah tua kerepot membuntingkan bini yg dah expired????? cis .......

nasib baik la org tua ni cerdik celek mata. dia tau dgn kurangkan 10% elaun keraian dan larang menteri pi luaq negara, dia jimat RM2 bilion. kalau dia bangang mcm hangpa dok tudoh, tak la dpt dia buat keputusan bijak tu. agak2 hangpa la berapa kereta bawah 2000 cc ada kat mesia, brp byk pulak moto kapcai yg ada? cukup kot nak tampung bayaq subsidi kat rakyat berketa dan bermoto. tu pun hangpa tak malu tudoh dia macam2, dah tahun 2008 masih nak makan subsidi???? cis ...... buat malu kampeni saja.

lani kalau hangpa berfikir di luar kotak, berapa agaknya gomen dpt save bila larang sama-sekali para menteri, penjawat kerajaan tinggi dan lain2 drpd bercuti di oversea? berapa banyak boleh jimat kalau potong elaun keraian 75% ... lagi bagus, potong terus. ni zaman susah nak rai org apa lagi ni? remember??? hangpa kata ubah gaya hidop ... padan la tun det bengkek, hangpa tak amal dasar yg dia pekenal masa dia baru mula2 naik ... kepimpinan melalui teladan. rakyat kena kayuh gerek, hangpa naik perdana free, minyak free dan drebar free ke sana sini. boleh pakai batik sutera (hangpa tau dak jantan diharamkan memakai sutera... awat bodo sangat????).

ish berleter apa tengah malam ni, baik gua pi layan euro 2008. jalan daaaa .....

04 Jun 2008

CEPAT

hahaha jin pun ketawa. kenapa dia ketawa? mesti le pasal dia geli hati. pasal apa dia geli hati ....eh, badigol ..... lu ingat ni lagu bangau oh bangau ke? berapa banyak soalan daaa ..... org dah bilang ni, lu terima je la. lu ingat ni skolah? sikit2 nak soal, sikit2 nak tanya .......

eh .... berapa banyak kereta berator daaaa? agak2 berapa lama depa q ni? bang .... tanya sket, buat apa ni? ler .... lu skolah ke tak, q panjang2 kat stesen minyak, of course le nak taruk minyak. ok ... tapi pasal apa panjang sangat ni? lu memang bodoh punya kaki, tak tengok tv ke tadi? rega minyak naik stat 12 malam ni. bang ... lu jangan klentong le bang. dlm paper kata sistem baru akan diperkenalkan ogos ni, takkan dah naik rega? ye tak ye, lupa plak.... nikan gomen bedolah badawi, cakap tak serupa bikin atau cakap lain, buat lain.

abg ... pehal lagi lu nie? tanya sket boleh bang? lu ni tanya tak abis2 pehal? tak, gua nak tau berapa lama dah abg q nie? ada kat sejam. lama tu bang. tu la buat aku hangen, dah la rega naik, kena q panjang punya la lama. tanya lagi boleh bang? huhhhhh ....... berapa ringgit abg dapat save ni? kau kali le sendiri, keta aku full tank 50 liter, kali 78 sen. perghhhhhh ... banyak tu bang, boleh pegi naik aji. hoi!!!!!! kau perli aku ye...... meh sini aku sumbat mulot kau dgn cili api.
tak de le bang, q berjam dpt isi full tank yg tahan 1 minggu max, pas tu beli rega baru gak. ler ..... tu la kau bangang. anggaple ini last day sale. esok kau dah tak dapat rega murah ni. ooooooo ... itu macam ker? baik abg pegi beli tangki banyak2 isi semua dgn petrol, tu baru le save duit jangka panjang. budak nie......... kau kena berfikiran di luar kotak. kena ada anjakan paradigma. bodoh le kau ni!!!!!

wow..... gua kagum dgn KPI bedolah badawi. gua yakin visi dia ialah menaikkan segala2nya dan dgn itu, bedolah mesti mempunyai misi untuk memastikan KPI nya dicapai. gua rasa KPI bedolah ialah :-

1. berdolah-dalih.
2. cakap tak serupa bikin.
3, kuat tido.
4. ikut telunjuk anak dan menantu.
5. TB.
6. jgn hiraukan rakyat.
7. lantik pembodek ke dalam kabinet.
8. buat slogan retorik.
9. jadik imam besar mazhab had hari2.

bedolah oi ... lu ni pehal!!!!!!

kau naikkan :-

1. amarah rakyat.
2. kesengsaraan rakyat.
3. kebencian rakyat.
4. harga petrol dan disel.
5. harga beras.
6. harga bir dan rokok.
7. harga barang keperluan lain.
8. harga tol.

lu memang terer la bedolah.

NAIK

yang... ada apa bang? naik lagi la yang .... ala, i penat lagi ni, tak abis2 naik ke bang? ....... rega minyak le ...... oooo, kalau macam tu tak pe la, ingat apa yang naik tadi?

wa itu maciam ka? rega minyak naik tarak papa? anu naik, baru mengomel.... ini sudah terbalik. rakyat "mesia baru" memang pelik dan ajaib. tak wawasan 2020 ler, tak cemerlang, gemilang dan terbilang ler.

02 Jun 2008

SHHHHH

kalau org2 tua tgh bersembang dan lu memekak kat sebelah, depa akan cakap shhhhhhhh .... jgn bising2, biadap. kita pun lari tempat lain, takut peha kena piat. tapi itu dulu .... lani depa akan buat dek je. tebakar gua .... silap2 kalau lu piat peha depa, depa akan stare lu mcm nak makan lu. aiyo ..... gua takot, serius gua takot dgn spesis mcm ni. brutal..... kalau zaman gua, mamat death metal je perangai mcm ni .... suka stare org. jgn carik pasal, baik belah. tapi dlm konteks ini, takkan org tua kena belah dan biar bebudak tu memekak. ini sudah terbalik kot, ke.... gua yg ketinggalan zaman?

mulut tu kekadang ada baiknye ditutop drpd terbuka semedang. apatah lagi bile asyik sgt mengumpat, mengata dan mengeji (member2 semua, apa kata kita panjangkan sesi mengumpat minggu ni memandangkan dah lama tak hang out @ pak li). kadang2 byk bercakap jua membawak bahana especially bila lidah lu tak de filter atau lu bercakap bukan2 demi nak impress org, padahal isinya kosong mcm tong kosong.

tapi kalau asyik tutop mulut jugak boleh mendatangkan masalah. tanya sepatah, dijawab uu, ditanya 2 patah, dijawab aa. ish, gua seligi kang! bak kata tuan direktor ahmad nisfu, cakap ... cakap..... cakap setan! jgn malas bercakap apabila perlu atau wajar bercakap. terutamanya bila lu menghadiri temu duga. bayangkan menyanyi tak bukak mulot, mcm kurt kobain yg stone dan malas nak menyanyi... serupa haram jadah! buat rogi beli tiket konsert. rip off betol!!!!

satu lagi, bila menguap sila tutop mulut lu. angelina jolie kalau menguap mcm singa, gua yakin dan pasti tak nampak lawa (kalau lu rasa angelina jolie tak cukop lawa bagi lu, bayangkan mana2 awek yg lu rasa lawa dan dia menguap tak tutop mulot... cis, hudoh ungguh!). org tua2 pesan menguap tak tutop mulut, nanti setan lompat masuk mulut. bayangkan dlm mulot lu banyak setan, padan le asyik sgt mengumpat, mengata dan mengeji .......

shhhhhh ..... jangan bising2 ......