09 Mac 2008

RESIGN

sebagai presiden hantu2 semalaysia, gua dengan ini mengumumkan dan mengisytiharkan perletakan jawatan gua dan dengan ini bersara terus drpd menjadi hantu pilihanraya. sob sob sob... gua bukan nak tiru mcm tun det kat pwtc dulu, walaupun hantu pontianak dtg memeluk dan memujuk gua menarik balik keputusan gua.

kepada big bos, gua mintak maap kerana gagal membantu bos menang di negeri cik siti wan kembang tapi gua dah buat keje dgn jayanya di ganu. gua juga dah anta bala hantu yg mencukupi ke kedah, penang, perak dan selangor. ghope2 nya hantu2 gua semua makan suap. depa kata kepimpinan melalui teladan. so, gua nak salahkan sapa lani?

whatttttlah....................

ps : sapa yg tak reti2 dan buat2 tak paham, sendiri mau ingatla. lu tu dah jadik liabiliti parti. kena le plak re-branding alip mim nun wau mcm lu re-branding islam dulu.

07 Mac 2008

HANTU2 SEKALIAN

hantu2 sekalian, get ready. esok kita ada kerja berat nak kena buat. semua mc, el, cuti tahunan, cuti bersalin, cuti ehsan adalah dibekukan. sesiapa yg tak dtg kerja esok, gua akan hantar lu org balik ke neraka. jgn main2 dgn gua, gua dah dpt peruntukan jutaan ringgit untuk pastikan korang semua kerja keras esok. kalau ada yg buat perangai, musim akan dtg ni tak de can le lagi kita buat duit duit duit. ingat pesanan gua.

1 lagi, korang semua jgn takut. taun ni tak dak nombor siri dan tak pakai dakwat itam. jadik guna skil masing2 untuk pegi ke sebanyak tempat yg buleh. lagi bagus kalau dpt pegi 1 negara. tapi untuk gua jimat travelling expenses, gua haramkan korang pegi johor, sabah, sarawak dan negeri sembilan. sapa pegi, kos sendiri tanggung la. kalau nak pi perlih, minta approval gua dulu ok.

sapa kantol, gua tidak akan bertanggung jawab pasal hanya yg bangang mcm pantek lah je yg kantol. ok. ingat semua kerja esok start jam 9 pagi sampai 5 petang kecuali kalau boss kita extend sejam dua. jadik untuk mengelakkan kontroversi, gua nasihatkan korang semua punctual, efisyen dan cepat.

selamat mengundi.

05 Mac 2008

FIKIR

dia berfikir
tentang calon dan pilihanraya
tentang harga rokok dan petrol
tentang pendidikan anak2
tentang hutang2 bank.

dia kemudian terfikir
datuk moyangku menentang portugis
datuk moyangku menentang belanda
datuk moyangku menentang british
datuk moyangku menentang komunis
datuk moyangku menentang jepun
datuk moyangku menentang malayan union.

dia kembali berfikir
tentang zaman hippie ayah dan ibu
tentang zaman rocknya
tentang zaman hip hop anak2nya.

lalu dia terfikir
sia2 perjuangan datuk moyangku.

04 Mac 2008

KALAU ....

kalau anda gembira tepuk tangan
kalau anda gembira tepuk tangan
kalau anda gembira beginilah caranya
kalau anda gembira undi barisan.

kalau anda marah hentak kaki
kalau anda marah hentak kaki
kalau anda marah beginilah caranya
kalau anda marah undi pembangkang.

AMARAN OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

mengundi bukan kerja mainan. undilah kami untuk kesejahteraan dan kemakmuran.

* untuk rakyat kelantan, undilah kami untuk kemajuan.

whattttttlah.........

03 Mac 2008

MAKAN

kebanyakan org suka makan yg sedap2. ada pulak yg suka makan dgn stail. ada yg suka makanan pelik2. yg paling pelik ialah lepas makan dia muntah balik. apa da org macam ni.

dekat malaysia, benda yg paling best ialah makan suap. lagi banyak disuap, lagile bestnya.

mulut yg disuap adalah lebih sedap dr tangan yg menyuap. ayat mana la depa pakai ni? tak le plak gua jumpa kat mana2 hatta dlm mukaddam sekalipun.

whattttlah......

SIAPA MENIPU

cek det kata anwar kaki arbok dan salah-guna kuasa untuk menutup perbuatan terkutuk dia. anwar kata, apa dosa saya? saya tak pernah buat kerja jijik tu. nie semua fitnah. siapa menipu?

anwar kata cek det bapak kroni dan amalkan rasuah serta nepotisme. cek det kata anwar nak juai negara kpd imf. siapa menipu?

cek det kata ada perjanjian pak lah jadik pm sepenggal, kedian najib ganti. pak lah tak kata apa2...ooooo...dia tengah tidoq rupanya. org tidoq tak boleh menipu kan? jadi, siapa menipu?

pak lah kata dia akan tentang rasuah. cek det kata sampaila ada lagi rasuah. siapa menipu?

hadi kata mengeji mencerca peribadi org dibenarkan islam. najib kata ni islam pas. siapa menipu?

samy kata ini semua kerja tuhan ALAH. kita semua kata ini bukti rasuah. siapa menipu?

anwar kata harga minyak boleh turun. najib kata buat lagu tu bankrap. siapa menipu?

penganalisa politik kata hanya bn boleh memerintah negara. parti pembangkang kata, bn patut dikalahkan dan depa akan jadi gomen yg jauh lebih baik. siapa menipu?

siapa menipu tak penting. yg lebih penting ialah siapa yg kena tipu?

whatttttlah..................

02 Mac 2008

SEMBANG AHAD

gua dan sahabat berkomunikasi secara sms. sahabat mengutarakan teori tentang isu2 kepimpinan, sedikit senario politik dan mengapa gua sangat kuat membebel tentang apa yg gua tulis di sini.

gua tidak pernah menganggap gua lebih cerdik drpd kepimpinan yg ada. cuma gua tidak sebengap dan buta tuli seperti hang tuah, pahlawan melayu (atau cina mari) melaka. dan gua percaya untuk mengubah sesuatu benda, kita tidak perlu menyertai benda tersebut. apabila manusia berkumpul di dalam suatu badan, ada tendency mereka akan menjadi seragam dalam serba serbi. ini termasuklah cara berfikir, bercakap, berpakaian, makan minum dan lain2 lagi. ianya mungkin berlaku atas sifat mewujudkan ukhwah atau juga membentuk identiti. mungkin juga kerana tujuan mereka berkumpul pada asalnya ialah kerana mereka berkongsi pandangan impian harapan dan apa sajalah yg sama. itu belum diindroktinasi dgn ideologi karut marut lagi.

melalui peredaran masa dan dengan berkembangnya mereka, of course akan timbul idea tentang survival, mungkin juga tentang relevancy atau atas dasar kepentingan dsbnya akan menjadikan mereka lebih terdorong utk mengekalkan apa yg mereka yakini sebagai betul. jadi apabila semua berfikiran mcm tu, just imagine lu org baru masuk tetiba nak buat perubahan. apa agaknya reaksi depa? sebagai contoh, katakan lu mat rock dan sedang melepak dgn rockers (tak kira le kangkang ke, jiwang karat ke). tetiba dtg mat reggae bilang sama lu orang, rock sucks! lu percaya ka itu org? lu mau kasi ke org tu join gang lu? then lepas tu sama 2 bertukar jadi rasta?

gua lebih percaya bahawa kritikan komen ulasan penilaian dsb nya adalah lebih membina drpd org luar yg tiada kepentingan. lu mesti tidak mau tengok group tu terus taksub dan jumud dengan idea2 dan pegangan bangang mereka. dan paling penting, kerana sifat non partisan lu bebas berkata apa saja tanpa rasa gentar dgn tindakan dalaman yg mungkin mengongkong lu jika lu berada di dalam kelompok yg sama. mungkin juga lu sedar sekiranya lu tidak berbuat apa2, lu juga kelaknya akan terpalit dgn pegangan bangang group bodo ni.

org tua2 pernah berperibahasa, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek. gua rasa mereka taksub dgn pepatah ini. jika lu join group depa, lu mesti ikut mcm mereka. kalau lu lain sikit, jadilah lu seperti itik hitam dalam sekumpulan itik putih (mcm cerita hans cristiansen andersen tu).

pasal recognition. menjadi sifat manusia secara semulajadi ingin mendapat pengiktirafan atas segala tindakan mereka. ada yg gila nama dan kemayshuran semata2. ada yg mahu melakukan yg terbaik dan kemudiannya mendapat pengiktirafan. ada yg melakukan semuanya atas jalan fisabilillah tanap sekelumit harapan mendapat nama. ada yg melakukan dgn mendapat suatu habuan.

tapi harus diingat dalam urusan seharian lu, lu mempunyai tanggung jawab tugasan dan peranan yg perlu lu langsaikan. niat menggerakkan segala2nya dan niat juga menentukan hasilnya kelak. kalau lu niat baik, mungkin baiklah hasilnya. jika lu niat busuk, mungkin busuk yg lu dapat kelak.

pendekatan gua mudah, buat apa yg lu perlu buat sesuai dgn tanggungjawab tugas dan peranan lu. jika lu bagus, org akan puji. bukan mengharapkan dipuji org. kalau lu betul bagus2, org akan iktiraf lu dan beri lu habuan yg selayaknya. kalau lu tak bagus tetapi lu menggunakan pendekatan lain (yg bagi gua sgt menjijikkan) seperti membodek, tikam belakang, rasuah, opportunist maka gua akan kata lu salah. lu gampang. lu celaka.

maka atas dasar itu, gua percaya cek det bukan buat apa yg dia telah buat kerana nak dpt recognition. itu adalah hasil sampingan akibat perlaksanaan kerja2 dia (sama ada yg baik, dipuji dan yg jahat, dikeji). overall, org puji dia kerana dia memang bagus dr beberapa segi (ada banyak kelemahan lain yg kita patut benci tetapi tak perlu gua senaraikan di sini). jika kita melihat susur galur perjuangan dia sewaktu tunku, dia merejam tunku dgn pelbagai kritikan yg menyebabkan dia kena tendang keluar. dia tulis malay dilemma. dia join pentas pembangkang kritik tunku.

tapi gua percaya org yg macam tu tahu 1 benda. kalau lu nak apa yg lu visionkan, lu mesti ada kuasa. tak de kuasa, jadik mcm hadi awang je la. maki org sana sini. dan cek det dgn kuasa pemerintahan di tangannya mengamalkan dasar matlamat menghalalkan cara. ini gua tak setuju. pak lah plak, tak tau apa matlamat dan apa kerja yg dia buat. lagi le bangsat! buat malu umat. dlm umno diale paling hebat. pirahhhhhhhhh......

dan gua bukan org yg macam tu. gua hanya tahu melalak kerana ia perkara senang. memegang kuasa dan melaksanakannya adalah benda yg paling susah dlm dunia dan gua tak mampu nak handle kuasa.

jadi di akhir celoteh gua, gua rasa org politik yg kunonnya apa nama.... mewakili melayu hanya berangan2 jadik dewa dewi. depa nak hidup di kayangan dgn kemewahan dan lupa rakyat di bumi. sekali sekala baru jenguk dr jauh, apa dah jadi. tapi sekali turun bumi, habis hasil bumi dibawa lari naik kayangan. ini sudah semestinya tidak betul.

aiyo.... awat serius sgt gua petang ni?????

whattttlah.........