30 Jun 2008

SAYUR-SAYURAN

gua rasa saranan menanam sendiri sayur2an di rumah adalah amat bijak dan bagus. sebagaimana yang kita ketahui, penanam2 sayur rata2nya menggunakan racun serangga yang amat tidak baik untuk sayur2an. di cameron highlands pulak, banyak tanah dicerobohi dan dirogol untuk dijadikan kawasan penanaman yang baru. pihak berkuasa membuat kenyataan tidak cukup kaki tangan untuk memantau penerokaan haram ini. maka dengan sebijik batu, kita telah berjaya membunuh 3-4 ekor burung sekaligus apabila kita melaksanakan cadangan yg brilliant nih.

pertamanya, kita dapat mematikan penanam, pemborong dan penjual sayur2an di seluruh negara. untuk memastikan saranan ini memberi impak yg maksima, mulakan kempen jutaan ringgit kepada syarikat kroni. kita berkempen agar semua rakyat menanam sayur2an di rumah dan tidak membeli. berikan subsidi dlm bentuk tanaman secara hidroponik yg dikelolakan oleh syarikat kroni. mungkin boleh kerjasama dgn majlis tempatan melarang penanaman sayur di atas tanah. maka mahu tidak mahu, rakyat kena gunakan kaedah hidroponik.

gua percaya penanam2 sayur2an yg meneroka tanah kerajaan atau hutan simpan akan dihukum dgn lebih berkesan. mereka jugak perlu dihukum kerana cuba meracuni kita dgn racun2 kimia atau penggunaan baja dari tahik bodolah ....eh, babi. bagi pemborong dan peniaga pulak, ini akan membolehkan mereka memikir cara yg baru untuk mencari rezeki dan mengeluarkan mereka drpd comfort zone mereka. mereka harus pandai mencarik peluang baru kerana sebagai gomen, pemimpin hanya perlu mencari peluang untuk tembolok mereka sendiri. pemberian kontrak di atas akan mengayakan kroni2 mereka dan juga poket mereka sendiri.

jelas kepimpinan bodolah telah berjaya mengengahkan konsep yg sangat baik di dalam menangani impak kenaikan harga petrol. spt yg gua poskan sebelum ini, kalau tak pandai carik duit, kita save duit. pemikiran bodolah memang selari dgn jutawan bolehland bernama ajiji ali. bagossssss..................

Tiada ulasan: