18 Oktober 2008

FEUDALISME

gua ingin mencadangkan agar anugerah yang membawa gelaran dato'/datuk, tan sri, tun dihapuskan dgn serta merta. di zaman moden dan canggih ini, mengapa kita hendak mengekalkan sistem feudal dahulu di mana manusia dibezakan oleh pangkat dan darjat yg dicipta untuk membentuk strata di dalam masyarakat. bukankah islam mengatakan setiap manusia adalah setaraf? bukankah perlembagaan persekutuan memperuntukkan bahawa setiap rakyat adalah saksama?

bayangkan dato' misbun dan dato' chong wei berkomunikasi di dalam gelanggang begini :-

DM - dato', apesal dato' berlatih kurang memberangsangkan sgt hari ni?
DCW - ala dato'. sebagai seorg dato', i ada social obligation kpd society. i banyak aktiviti sosial lain tau.
DM - tak buleh le mcm tu dato'. dato' ni pemain badminton profesional, kena le profesional.

tak ker janggal dan terlalu formal. sedangkan dulu, perbualan depa mcm ni :-

M - hoi, apesal lu training mcm sial? pegi pusing court 10 round.
CW - aiya coach, jgn itu maciam maaaa. wa simalam titun liwat sket.
M - apa???? liwat!!!!! tiunasing lu. cakap betul2 taukeh, lewat .... bukan liwat. liwat masuk sg buluh wooooo ......
CW - hahahaha.... wa cina maaa..... kalang2 cakap tarak sirupa bikin.
M - bukan tarak sirupa bikin, tak betul sebutan laaaa ....
CW - seee ..... wa silaps lagi, soli wooo ....

kan ker tak formal dan lebih mesra. dgn kemesraan ini akan mewujudkan kimia yg baik di antara kedua2 mereka dan ini akan meningkatkan mutu permainan dan persembahan chong wei. misbun pun tak ler tergeliat lidah nak berbicara mcm dato'2 lainnya.

lagi 1, ada ka mamat muda baru umur setahun jagung dah dapat dato'? apakah jasa2nya kepada rakyat dan negeri/a yang melayakkan gelaran sebegitu dberikan? gua rasa ini semua kroni atau lobi punya akibat. dgn title dato' itu, dptle dia membuka pintu2 yang tidak akan terbuka kpd golongan marhain. seeee ..... ada negatif impak kan? ia menidakkan org2 kebanyakan peluang yg mereka layak mendapati kepada mereka yg hanya ada gelaran dato'. ini tak a'dil labi........

lagipun ini mewujudkan protokol yg gua fikir sgt tidak perlu dan membuang masa. tun-tun dan toh puan-toh-puan, tan sri-tan sri dan puan sri-puan sri, datuk seri-datuk seri dan datin sri-datin sri, datuk2 dan datin2, tuan-tuan haji dan puan2 hajjah..... kan senang disebut sidang hadirin sekalian. dah la tu, kena sediakan benda2 yg spesial utk org2 begini. nak sofa set la, meja dan set makan yg spesial la, lauk yg spesial, karpet merah dll yang akan hanya menaikkan kos sesuatu majlis.

Tiada ulasan: