09 Mac 2008

RESIGN

sebagai presiden hantu2 semalaysia, gua dengan ini mengumumkan dan mengisytiharkan perletakan jawatan gua dan dengan ini bersara terus drpd menjadi hantu pilihanraya. sob sob sob... gua bukan nak tiru mcm tun det kat pwtc dulu, walaupun hantu pontianak dtg memeluk dan memujuk gua menarik balik keputusan gua.

kepada big bos, gua mintak maap kerana gagal membantu bos menang di negeri cik siti wan kembang tapi gua dah buat keje dgn jayanya di ganu. gua juga dah anta bala hantu yg mencukupi ke kedah, penang, perak dan selangor. ghope2 nya hantu2 gua semua makan suap. depa kata kepimpinan melalui teladan. so, gua nak salahkan sapa lani?

whatttttlah....................

ps : sapa yg tak reti2 dan buat2 tak paham, sendiri mau ingatla. lu tu dah jadik liabiliti parti. kena le plak re-branding alip mim nun wau mcm lu re-branding islam dulu.

Tiada ulasan: