02 Mac 2008

SEMBANG AHAD

gua dan sahabat berkomunikasi secara sms. sahabat mengutarakan teori tentang isu2 kepimpinan, sedikit senario politik dan mengapa gua sangat kuat membebel tentang apa yg gua tulis di sini.

gua tidak pernah menganggap gua lebih cerdik drpd kepimpinan yg ada. cuma gua tidak sebengap dan buta tuli seperti hang tuah, pahlawan melayu (atau cina mari) melaka. dan gua percaya untuk mengubah sesuatu benda, kita tidak perlu menyertai benda tersebut. apabila manusia berkumpul di dalam suatu badan, ada tendency mereka akan menjadi seragam dalam serba serbi. ini termasuklah cara berfikir, bercakap, berpakaian, makan minum dan lain2 lagi. ianya mungkin berlaku atas sifat mewujudkan ukhwah atau juga membentuk identiti. mungkin juga kerana tujuan mereka berkumpul pada asalnya ialah kerana mereka berkongsi pandangan impian harapan dan apa sajalah yg sama. itu belum diindroktinasi dgn ideologi karut marut lagi.

melalui peredaran masa dan dengan berkembangnya mereka, of course akan timbul idea tentang survival, mungkin juga tentang relevancy atau atas dasar kepentingan dsbnya akan menjadikan mereka lebih terdorong utk mengekalkan apa yg mereka yakini sebagai betul. jadi apabila semua berfikiran mcm tu, just imagine lu org baru masuk tetiba nak buat perubahan. apa agaknya reaksi depa? sebagai contoh, katakan lu mat rock dan sedang melepak dgn rockers (tak kira le kangkang ke, jiwang karat ke). tetiba dtg mat reggae bilang sama lu orang, rock sucks! lu percaya ka itu org? lu mau kasi ke org tu join gang lu? then lepas tu sama 2 bertukar jadi rasta?

gua lebih percaya bahawa kritikan komen ulasan penilaian dsb nya adalah lebih membina drpd org luar yg tiada kepentingan. lu mesti tidak mau tengok group tu terus taksub dan jumud dengan idea2 dan pegangan bangang mereka. dan paling penting, kerana sifat non partisan lu bebas berkata apa saja tanpa rasa gentar dgn tindakan dalaman yg mungkin mengongkong lu jika lu berada di dalam kelompok yg sama. mungkin juga lu sedar sekiranya lu tidak berbuat apa2, lu juga kelaknya akan terpalit dgn pegangan bangang group bodo ni.

org tua2 pernah berperibahasa, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek. gua rasa mereka taksub dgn pepatah ini. jika lu join group depa, lu mesti ikut mcm mereka. kalau lu lain sikit, jadilah lu seperti itik hitam dalam sekumpulan itik putih (mcm cerita hans cristiansen andersen tu).

pasal recognition. menjadi sifat manusia secara semulajadi ingin mendapat pengiktirafan atas segala tindakan mereka. ada yg gila nama dan kemayshuran semata2. ada yg mahu melakukan yg terbaik dan kemudiannya mendapat pengiktirafan. ada yg melakukan semuanya atas jalan fisabilillah tanap sekelumit harapan mendapat nama. ada yg melakukan dgn mendapat suatu habuan.

tapi harus diingat dalam urusan seharian lu, lu mempunyai tanggung jawab tugasan dan peranan yg perlu lu langsaikan. niat menggerakkan segala2nya dan niat juga menentukan hasilnya kelak. kalau lu niat baik, mungkin baiklah hasilnya. jika lu niat busuk, mungkin busuk yg lu dapat kelak.

pendekatan gua mudah, buat apa yg lu perlu buat sesuai dgn tanggungjawab tugas dan peranan lu. jika lu bagus, org akan puji. bukan mengharapkan dipuji org. kalau lu betul bagus2, org akan iktiraf lu dan beri lu habuan yg selayaknya. kalau lu tak bagus tetapi lu menggunakan pendekatan lain (yg bagi gua sgt menjijikkan) seperti membodek, tikam belakang, rasuah, opportunist maka gua akan kata lu salah. lu gampang. lu celaka.

maka atas dasar itu, gua percaya cek det bukan buat apa yg dia telah buat kerana nak dpt recognition. itu adalah hasil sampingan akibat perlaksanaan kerja2 dia (sama ada yg baik, dipuji dan yg jahat, dikeji). overall, org puji dia kerana dia memang bagus dr beberapa segi (ada banyak kelemahan lain yg kita patut benci tetapi tak perlu gua senaraikan di sini). jika kita melihat susur galur perjuangan dia sewaktu tunku, dia merejam tunku dgn pelbagai kritikan yg menyebabkan dia kena tendang keluar. dia tulis malay dilemma. dia join pentas pembangkang kritik tunku.

tapi gua percaya org yg macam tu tahu 1 benda. kalau lu nak apa yg lu visionkan, lu mesti ada kuasa. tak de kuasa, jadik mcm hadi awang je la. maki org sana sini. dan cek det dgn kuasa pemerintahan di tangannya mengamalkan dasar matlamat menghalalkan cara. ini gua tak setuju. pak lah plak, tak tau apa matlamat dan apa kerja yg dia buat. lagi le bangsat! buat malu umat. dlm umno diale paling hebat. pirahhhhhhhhh......

dan gua bukan org yg macam tu. gua hanya tahu melalak kerana ia perkara senang. memegang kuasa dan melaksanakannya adalah benda yg paling susah dlm dunia dan gua tak mampu nak handle kuasa.

jadi di akhir celoteh gua, gua rasa org politik yg kunonnya apa nama.... mewakili melayu hanya berangan2 jadik dewa dewi. depa nak hidup di kayangan dgn kemewahan dan lupa rakyat di bumi. sekali sekala baru jenguk dr jauh, apa dah jadi. tapi sekali turun bumi, habis hasil bumi dibawa lari naik kayangan. ini sudah semestinya tidak betul.

aiyo.... awat serius sgt gua petang ni?????

whattttlah.........

6 ulasan:

asah pensil berkata...

mengaku saja lah
engkau lebih cerdik dari setengah2 politikus
politikus yang kerjanya merampok duit kerajaan kemudian melaram dengan hasil rampokan
ada karpet merah,ada banglo,ada bodyguard,langsung tak boleh didekati,amalan double standard,benz,bmw dan lain2 kemewahan
sedangkan orang biasa hanya dapat melihat, terliur dan terpaksa menanggung beban

takut puchong berkata...

kalau gua cakap lu betol, lu angin pasal gua pak turut dan secara tak langsung mengaku gua cerdik. jadi, untuk menjadi itik hitam dlm kumpulan itik putih, gua bangkang!

asah pensil berkata...

kenapa mesti nak jadi itik hitam dalam kumpulan itik putih?
tak boleh ke buatkan kumpulan itik putih tu bertukar jadi kumpulan itik hitam putih?
seterusnya jadikannya kumpulan itik hitam?
kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagu?

takut puchong berkata...

maka kontradik le hipothesis gua di atas dan gua sama je dgn rais yatim.

asah pensil berkata...

Hello. I am Nurul Izzah.

My fellow Malaysians, I reach out to you as a young woman, a parent and a citizen of this country. One who loves Malaysia deeply yet, like you, is greatly disturbed by the state in which she finds her country in today.

The rising crime rate, the disregard for proper housing for the poor, an ailing education system, the withholding of opportunities for deserving young Malaysians to further their education, the ever-increasing cost of living are warning bells of the bleak future ahead of us. Most alarming is the extreme corruption prevalent in the highest levels of government.

The list is endless. Surely we must do something, no matter how small, to end this sad state of affairs. These are everyday issues that affect all Malaysians regardless of whether we are Malays, Chinese or Indians.

As a young parent, I like you, am concerned for the future of our children. What kind of legacy are we leaving them?

Yet, we can do something. We can make a difference.

Malaysia needs leaders who can arrest this decline and take us forward. We need leaders with integrity. Leaders who are not hypocrites. Leaders who would create a better future for us. Leaders who are not afraid to speak out and act on behalf of the many who put their trust in them – the many who want a change for the better.

Let me be that agent of change for you. Let me help leave a better legacy for our kids and their kids. I humbly offer my services to the people of Lembah Pantai. With your mandate I pledge to be your voice and bring about a better future for all Malaysians.

Warmest regards from my husband and I.

Nurul Izzah Anwar
Parliamentary Candidate for P121 - Lembah Pantai

takut puchong berkata...

no politician here...syuh...syuh.... gua non partisan. idup alif mim nun wau!!!!