kau patut pegi sembahyang subuh secara berjemaah di surau, itu undang2 sekolah asrama. undang2 allah pula, subuh itu salah-satu solat wajib dalam sehari. tapi disebabkan malam tadi kau bersengkang mata menjadi kutu embun, sudah tentu menjadi suatu kesusahan untuk bangun sebelum subuh. maka datanglah warden dgn pembesar suaranya "makuk anto.... bangun...bangun.... semayan' subuh". tentulah kau berasa marah mendengar suara sengau tersebut mengganggu kedamaian lena kau. si warden pulak sudah tentu marah kerana ramai pelajarnya yg gagal, enggan dan/atau cuai utk bangun mengerjakan subuh dan meninggalkan kewajipan mereka mengerjakan solat yang 5.
bertempatkah marah kau? inikah yang dikatakan menegakkan benang yang basah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan