27 Disember 2007

SABAR

p ramlee dulu suka benar frasa ni "sabar tu separuh dari iman". arwah bapak gua pulak selalu pesankan gua, sabar dalam setiap perbuatan. gua dulu memang bengken punya kaki, mana tau nak sabar2 ni. dalam kamus gua, lagi cepat lagi bagus. arwah bapak gua selalu jugak tegur gua. dia akan cakap sabar itu perlu, ubat kepada hati yang baran dan ibu kepada pintu rezeki. sampai ke bab tu, gua angkat tangan. isu2 rohaniah ni (walaupun gua jahil), gua tak nak lawan.
nampaknya arwah bapak gua memang seorang yang bijak.
dengan kesabaran, gua nampak banyak jalan nak dituju. dengan kesabaran jugak, gua faham dan tahu bahawa gua hanyalah antara jutaan umat manusia yang meminta2, mengharap2 dan memohon2 pada yang ESA. layakkah gua mendapat apa yg gua inginkan kalau gua tak sabar menanti? atau gua lakukan sesuatu tanpa kesabaran?
"maka berpesan-pesanlah kamu pada kebenaran dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran" - a lose translation from the actual verse.

Tiada ulasan: