kadang2 gua teringin jugek nak jadi guru. bukan guru pendidikan seks atau jadik mcm guru yahya. bukan jugak jadik macam tuan guru hj hadi awang. gua cuma nak jadik guru bahasa, tak kira le bahsa melayu atau bahsa inglish. aiyoooo ..... lu misti pelek apa maciam gua nak mengajar bahasa pasal bahasa gua kat sini tahpehapa dan berterabor.
keinginan gua ini terhasil selepas gua membaca cerita tentang guru agama ditangkap dan dituduh mencabol student pompuannya. keinginan gua juga datang apabila gua terbaca tentang kisah guru disiplin mendera studentnya melebihi batas2 yang ditetapkan oleh menteri. jelas skali, untuk menjadi guru, kelayakan adalah tidak penting. yg paling utama ialah keinginan gua utk menjadi guru. dan sebagai bangsa melayu [yang hampir pupos] gua sangat risau dgn gelagat adik2 gua [bukan adik beradik darah daging tapi muda mudi] specially yg di bandar dan kota, gemar beno berbahsa inglish tapi sangatle bersalahan bahsa inglish depa. itu bukan inglish dik, tapi bahsa ghetto.
sebagai patriot bangsa dan pencinta bahsa, gua tak rela bangsa gua nanti tak tau nak bercakap melayu atau menggunakan bahsa ghetto bila bergebang dgn tourism yg dtg melawat mesia. nanti bila org minta kicap [toyu la tu] dibaginya sos tomato [pirah...amerikan sangat la tu...tuiiiii]. bila diajak main bola, dikatanya soccer....... football tu ghopenya main dgn tangan. hek ele..... namapun football, main dgn kaki le samdol!!!!! pas tu ada yo la, whats up la, whats goin' down la .... dude la...... chill la ....... wekkkkkkkkk............... muntah darah keluar tali pusat gua! yuck foo!!!!!!
oleh itu gua ingin menyaran kepada rakyat mesia yg berbilang bangsa dan agama, sila gunakan bahsa yg betol dengan betol. dan sebagai bangsa yg pernah dijajah inglish, kita kena guna bahasa inglish bukan amerikan. amerikan tu cuba nak lain dr inglish pesal tu le depa mandu belah kiri. ehhh.... bodo ke apa? so.... lu pun nak lain dr bekas master lu le kot? kalau betol2 (bukan betol betol betol... itu tipu punya betol) mau lain dr master lu, mari kita gunakan bahsa melayu.
cintailah bahsa ibunda lu kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
15 Mei 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan