30 Mei 2008

PANDAINYERRRRRRR

gua nak declare bahawa rakyat msia semuanya semakin pandai dan bijaksana.

lu bayangkan zaman mak bapak lu HSC dulu, berlambak2 gred 3. tapi kalau lu tengok result spm yg baru lepas, mak ai...... ramainya bebudak kita yg dpt 10A, sampai ada 1 org tu 20 ke 21A, terer .... terer ........

jika lu diberi soalan yg ada 5 jawapan, peratus setiap jawaban tu betol ialah 20% (macam tuan penasihat sadiq sigaraga). kalau lu tak tau jawabannya, lu ada 20% utk mendapat jawaban yg betol dgn menembak mana2 jawaban yg diberikan. mudah bukan? org akan melihat 80% jawaban lu akan salah sebagai suatu keadaan yg menyukarkan lu dapat jawaban yg betol. berfikir di luar kotak? sedangkan lu cuma perlu rajin mewarnakan ruang yg disediakan di dlm kertas jawaban. itu saja, jika nasib lu baik, tembakan lu kena dan lu score. inilah yg dikatakan peraduan gores dan menang.

untuk menjadikan bebudak sedikit kreatif, diberi soalan sebegini :-

kamu peguam plaintif dan abu, peguam defendan. kamu kemalangan dalam perjalanan dan terlewat ke mahkamah. mahkamah telah bersidang dan abu terpaksa memohon maaf kepada mahkamah atas kelewatan tersebut. buat dalam bentok ayat.

cuba teka apa jawapan yg diberikan? nama penjawab soalan kita andaikan ialah fatkhur.

dengan izin yang arif, saya fatkhur ingin memohon maaf di atas kelewatan saya kerana saya mengalami kemalangan dalam perjalanan ke sini.

cuba teka markah yg fatkhur dapat? 0 lar ...... drpd 10 kertas jawaban yg gua semak, 4 jawab macam tu. aiyo ......... 40% tu tinggi bro. tapi, jika kita berfikir di luar kotak, kita akan mengatakan peratus yg jawab betol lagi tinggi kerana peratusannya ialah 60%. memang bijak!!!!! syabas!!!! lagipon soalan tu memang susah giler. hanya yg pandai giler
dpt jawab dgn betol.

gua pun bercadang nak jadik menteri pelajaran/pendidikan. apale susah melahirkan students yg ramai dan pandai2. gua akan tukar kurikulum dan skema peperiksaan di mana students cume perlu pilih di antara 2 sebagai jawaban iaitu "betol" atau "salah". dengan meningkatkan peratusan mendapat jawaban yg betol, gua yakin gua jugak akan dapat meningkatkan peratusan scorer yg tinggi. dan mengikot KPI serta sasaran kerja tahunan gua, gua yakin dalam masa 10 tahun lagi kita akan berjaya melahirkan saintis yg mampu mencipta kapal angkasa sendiri menggunakan hampas atau minyak sawit sebagai bahan pembakar yang ternyata lebih murah. dengan itu, kita boleh menghantar angkasawan ke angkasalepas setiap bulan.

sebagai insentif kepada pelajar terbaik negara, mereka akan ditaja oleh gomen mesia untuk menyertai projek ini dan menjadi angkasawan untuk turut naik ke bulan.

Tiada ulasan: