17 Mei 2008

TAJUK ENTRY GUA NI ADALAH YANG PALING PANJANG PERNAH GUA POSKAN DALAM BLOG NI DAN JUGAK DI DALAM MANA-MANA BLOG GUA YANG LAINNYA

org memang suka benda2 yg panjang2 nie. sebagai contoh : yang mulia tun tan sri dato seri dr. hj. ali bin abu. coba check ic dia, gua yakin kat situ hanya tercatat ali bin abu. bapak dia bagi nama punyale simple supaya tak tergeliat lidah org nak menyebot, dia pegi letak penuh segala title yg dia dapat. nak letak pon, takat tun dah cukop.... mcm tun dr mahathir mohamad. tak dia letak title haji pon. tarak hal punya.

lani dah menjadi trend bila nak taruk nama anak, mesti menggunakan nama yg panjang berjela2. kalau anak jantan, ditaruk ahmad danial albab. kalau pompuan plak diletaknya alizatul aliya baizura hartini. bayangkan le kalau nama bapak dia tuh ahmad danial albab. apa akan jadik di dalam upacara akad nikah, aku terima nikahnya alizatul aliya baizura hartini binti ahmad danial albab dengan mas kahwin sebanyak RM lima ribu lima ratus lima puluh lima dan sen lima puluh lima. berpeluh atas bawah bai nak abiskan akad. dah le gubra, akadnya panjang macam sastera melayu lama. kesian pengantin jantan.

1 lagi yg gua observe, org bila menulis suka menggunakan ayat yang panjang2, yg kalau dibaca memang tak lepas senapas, kena amik napas 2-3 kali pun tak abis lagi ayat tu, punya le panjang ada koma, koma titik dan tahpehapa lagi, sampaikan nak maut la membaca ayat tu tak abis2 jugek. kan lagi senang guna ayat2 pendek. buat ke hape nak tulis panjang2? maksudnya sama jugek. bukan terencat akalpon kalau tulis ayat pendek. org terencat akal tak pandai menulih bai. gua bukan nak kutok OKU, cuma beri contoh je.

lu pernah dengar lagu iron maiden tajok rime of the ancient mariner? umangai, punyale panjang lagu tu. tido dah bangun dan tido balik pun tak abis2 lagi. pekejadah gamaknya steve harris buat lagu panjang2? kan best kalau mcm lagu can mali can. kejap je dah abis. nak hapal lirik pun senang. tak le terkial2 pintal urat otak memikior apa liriknya.

tapi ada 1 benda yg pemimpin kita tak suka benda yg panjang iaitu berfikir. punyale pendek akal depa sampaikan segala tindakan depa ni mengundang pelbagai masalah di kedian hari. cuba pikior betol2, kaji sebelom tindakan yg nak diambil tu bawak kebaikan atau sebaliknya. asik main bedal je, sapa jugek yg susah? ish... malam2 ni tulih panjang2 ape gunanyer. baik gua tidor.

Tiada ulasan: