imagine dlm 1 famili ada 4 siblings. along, angah, alang dan adik. supaya gua tidak dituduh chauvinist, tak payah le kita letakkan gender keempat2 beradik ni.
di 1 hari yg panas, along mengajak sekalian adik2nya mandi lombong. seperti cerita2 drama di tv, semua mak bapak memang melarang anak2 masing2 drpd mandi lombong. sebab2nya :-
i. lombong banyak hantu air yg akan menarik kaki budak2 sehingga mereka mati lemas.
ii. mandi lombong bahaya kerana nanti boleh mati lemas.
iii. adik2 yg ikut mandi tapi tak tau berenang akan mati lemas.
iv. bila ada budak yg lemas, seorang budak lain yg tak berapa pandai berenang akan cuba selamatkan yg lemas dan akibatnya kedua2 mereka mati lemas.
jadik ... apa akan berlaku apabila mak bapak 4 beradik ni tahu yg anak2 depa dah terojun lombong siang tadi? mesti kena belasahkan. dan lazimnya serta mengikut hukum alam (cikgu BM gua pasti akan besit gua pasal mulakan ayat dgn perkataan "dan"), maka along akan dibelasah kow2 dan lebih drpd adik2 yg lain. kenapa? jawapannya (bukan pilih salah-satu) :-
i. yg tua sepatutnya lebih berakal.
ii. sebagai abg yg lebih berakal, dia tak patot membahayakan adik2nya mandi lombong.
iii. abg patot tunjuk contoh teladan yg baik.
lagi tinggi hierarki lu dalam famili, lagi beratlah hukuman lu. dan kadang-kala, ada seorang siblings lu yg menjadik faverit kpd mak bapak lu. besar kemungkinan, dia akan dihukum paling ringan. atau mungkin dia faverit atuk nenek dan dpt sedikit protection agar tidak dihukum berat.
ada faham hukum hakam kekeluargaan ini?
jadik jgn berasa pelik hairan atau terkejut dgn kejadian baru2 ini.
damnnnnn .... i love this concept .....
18 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan