logik manusia kadang2 sgt tidak logik kepada gua.
case study : anonymous tu la.
didapati bersalah kerana politik wang.
pada ucaptama, timbalan presiden kata nak ubah parti. parti ini pula sangat sinonim dengan rakus wang dan rasuah. korang kata, timbalan presiden ini adalah the annointed one. saviour parti katanya. dalam erti kata lain, penyelamat negara jua. timbalan presiden menyentuh tentang rasuah (gua rasa la, gua mana minat tengok bibir lebar berucap, nanti gua mati pucuk).
keesokannya, si anonymous menang ketua. ehhhhhh .......
dan tadi, sifu gua berkata inilah pilihan terbaik. yang penting si anonymous dah buktikan berani melalak sana sini. dialah paling bijak pasal graduate universiti fames kat england tu. dia boleh buat kerja ..... kerja macam paklah kata le kot. lewat2 malam baru balik. personaliti seorang pemimpin tidak penting walau se tainted mana. perkara dasar yang paling penting, mesti boleh buat kerja. kalau dia nak kongkek maya karin ka, sapa ka, itu hak asasi dia. sendiri jawab dgn tuhanla. itu macam?????
kata setengah orang .... i beg to differ. nak berbeda pendapat, cakap je la. apesal nak beg plak dulu? arkaik sungguh.
bapak yang tak solat tak akan ajar anaknya solat. emak yg tak posa tak akan ajar anaknya posa. depa akan ajar anak2 apa yang mereka sendiri lakukan. lu rasa kalau bapak dia cium mulut isteri orang, and anak dia buat benda yang sama, si bapak akan marah ka? nanti dibilang - siapa yang bersalah dalam hal ini, bapaklah yang bersalah!!!! apa mau jawab bro???? hahaha ....
nak jadi pemimpin, balik kepada prinsip asal dan sifat2 yang perlu ada di dalam dirinya. bai'ah bukan suatu konsep lapuk yang tidak boleh digunakan lagi.
bagi gua analisa sifu gua adalah sgt tidak logik.
31 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan