28 April 2009

DAMN

masa gua kecik2 dulu, kitaorang budak2 bawah umur ini akan beramai2 jalan kaki ke pekan lumut. jarak dia lebih kurang sebatu dari rumah. kita org berjalan ni tak kira siang atau malam. yang penting mesti ada budak yang above 12 tahun jadi kepala. tak ada sapa risau kena kidnap ka, kena suntut ka, kena rogol ka, kena molest ka .... peristiwa yang paling gempak time tu pun bila dapat tau emak gua eksiden dan meninggal di tempat kejadian. basically, we all lived dalam aman sentosa dan harmoni.

favourite spot kita orang ialah masa sampai kat 1 pokok rambai especially bila merewang malam. kat situ, kita org akan stop dan bukak selipar. sapa yang pakai selipar memang carik nahas. ketua pun akan countdown, 1 2 3 .... kita org pun lari pecut sampai ke rumah. sapa yang slow atau tertanggal selipar atau kecik lagi mcm gua memang kena tinggal la. terjerit2 kita org kat belakang. sampai je rumah, kita orang akan gelak ramai2 pasal semua dah selamat dan tak de yang mati kena cekik oleh pontianak. 6 tahun gua dok situ, tak de sorang pun kawan gua yang mati dibunuh pontianak. tak de sapa pun yang pernah nampak pontianak.

aktiviti favourite malam setiap bulan puasa ialah main aci nyorok. tak de group age. semua sama. tahap konfiden memang tinggi pasal emak bapak kita org bilang, bulan posa hantu pontianak puchong momok semua kena ikat. apa lagi, gua yang penakot ni pun join sama. true enough, tak de kawan2 gua yang hilang disorok hantu kopek. atau hilang dilarikan bunian. heaven beb.

dan gua ingat lagi .... gua ada assignment belum buat dan email kpd klien.

damn!!!!

Tiada ulasan: