ada logik ka kawan? sebuah negara pengeluar minyak masak kekurangan stok untuk rakyatnya sendiri sehingga dikeluarkan arahan, pembelian minyak masak terpaksa dicatu. ini adalah pelik. adakah kita mengamalkan peribahasa kuman di seberang nampak, gajah di sebelah tak nampak? ish, kena buat report ni. eh... nak report apa dan pada siapa? terima je lah rakyat sekaliannya. bukan matipun tak de minyak masak ni. lagipun ini mungkin idea menteri kesihatan yang baru utk menggalakkan rakyat sekaliannya merebus dan menyetim masakan utuk mengurangkan kolestrol. dengan secara tidak langsung, mewujudkan budaya pemakanan yang sihat dan menyihatkan.
harap2nya harga runcit minyak masak tidak dinaikkan kerana kekurangan stok ini. on second thought, bagus juga kalau harga barangan ini mencanak naik. secara tidak langsung, ini akan menyedarkan dan mengajar rakyat sekaliannya berjimat cermat. mereka sudah pasti akan lebih berhemat berbelanja dan juga sewaktu menggunakan minyak masak di dalam masakan masing2. saya percaya ini adalah salah-satu kempen menteri pengguna. syabas dan tahniah.
kepada peniaga2 warung, restoran dll, jangan mengeluh. anda mungkin akan terpaksa mengunjungi kedai2, hyper atau super market setiap hari atau 2/3 kali sehari untuk membeli stok. aktiviti anda tersebut ternyata akan menguntungkan banyak pihak. pertama, stesen petrol/disel. keduanya, tokeh atau majlis perbandaran atau syarikat yang mengutip bayaran parkir. ketiganya, pengeluar kereta memandangkan org ramai yang suka berbelanja akan mempunyai alasan untuk membeli van atau pick up truck bagi mengangkut tong2 minyak masak ini. see....... kan bagus macam ini. ekonomi negara dapat dijana dengan lebih cepat.
andalah patriot pemangkin ekonomi negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan