sebagai sebuah negara bekas dijajah british, malaysia mengamalkan konsep demokrasi berparlimen yang agak sama dengan england. untuk tujuan ini, malaysia memilih pemimpinnya melalui suatu proses yang dipanggil pilihantu raya. mengikut perlembagaan dan undang-undang pilihantu raya di malaysia, pilihanturaya umum (PRU) mesti dilaksanakan tidak melebihi setiap 5 tahun. ia merangkumi pemilihan ahli2 parlimen dan dun di seluruh negara.
proses ini dipanggil pilihantu raya kerana ia melibatkan banyak hantu raya dan lain2 jenis hantu untuk memilih hantu2 menduduki kerusi2 di parlimen dan dun. mengikut sejarah pilihantu raya di malaysia banyak hantu raya berjaya dikesan di pusat2 mengundi dan dari statistik, jelas terbukti bahawa pemimpin2 yang dipilih ke parlimen dan dun adalah hantu2 belaka.
sebagai contoh, hantu raya dikesan berkeliaran dgn banyaknya di trengganu dan kelantan ketika PRU. fenomena ini berlaku dipercayai untuk menguji keislaman parti pemerintah di kelantan terutamanya. hasil kaji selidik para-normal dan dukun, tabib2 dan bomoh2 tradisi mendapati bahawa hantu2 raya ini sebenarnya ingin menduga kepimpinan di kelantan yang sering melaung2kan bahawa ajaran, dogma, ideologi dan iman mereka adalah mengikut ajaran islam yang paling tepat, tidak seperti islam had2hari yg diketengahkan oleh perdana menteri.
kerana kekeraban berlakunya aktiviti para-normal ini sewaktu PRU, sering didapati hantu2 raya dan hantu2 lainnya ini berjaya diberkas. agak mengagumkan apabila hantu2 ini diberkas di dalam bas2 kilang yang dtg dr pelbagai pelusuk tanah air. tambah mengerikan, kebanyakan hantu2 raya ini pula ada yg telah mengundi di kawasan lain sebelum mengganas di pusat2 mengundi sekitar kelantan. ada pula hantu2 ini bangkit dr kubur dan pergi ke pusat2 mengundi untuk memangkah dacing. saya menjangkakan mereka ingin memberi mesej kpd yang masih hidup bahawa berbuatlah kebaikan sebanyak mungkin sebelum kelak nyawa mereka diambil dan diadili di padang mahsyar. dacing ini boleh diibaratkan tanda keadilan (tidak merujuk kepada salah-satu parti pembangkang di malaysia yang menggunakan nama tersebut).
maka tidak hairanlah apabila hantu2 ini berkeliaran berleluasa sewaktu PRU kerana mereka tidak lagi takut kepada ayat2 quran. malahan ramai yang fasih membaca surah2 lazim dan ada pula yg membaca kalimah bismillah sebelum memalit undi.
jadi amatlah pelik kenapa hantu2 ini hanya begitu banyak sewaktu PRU. ke mana menghilangnya mereka sewaktu hari2 biasa? tabib2 dukun2 pawang2 bomoh2 dan ahli pengkaji para-normal gagal mendapat jawabannya. dan saya hanya bisa menyatakan ...... whatlahhhhhhhhhhhh.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan