cetusan2 idea yg tak signifikan meledak bertalu2. i have no worries though, gua bukan nak cari followers. gua bukan nak ubah dunia. gua cuma nak berdialog dgn diri sendiri. mengkritik diri secara seloroh.
di tahun 1985, gua masuk 1 sekolah yang agak ternama (walaupun sumpah gua tak tau kewujudannya sebelum terima tawaran). gua nekad nak pegi atas 2 sebab (1) menjejaki pengalaman abg gua dan (2) keluar dari rumah atas sebab2 peribadi. gua kenal 1 mamat unik. yang menangis terisak2 nak pulang ke rumah di taiping pasal homesick.
di tahun 1987, gua kantoi pertama kali kerana merokok. perbuatan yang sgt fashionable ketika itu (mungkin sehingga kini). gua call taiping bgtau berita "gembira" kpd abah gua. gua mendapat "pujian" yang menguatkan lagi semangat gua untuk menjadi fashionable. hasilnya, gua adalah perokok otai. gua ingat nak jual gambar paru2 gua kepada dunhill untuk mendapat royalti.
di tahun 1989, tatkala ingin meninggalkan institusi keramat ini, mamat unik dr taiping menangis terisak2 kerana sedih nak meninggalkan sekolah. ironi!!!
gua belajar tentang hidup. gua abaikan pendidikan formal pasal gua tak mau jadi produk kilang. gua nak berfikir dan berkelakuan mengikut kehendak hati. bukan anarkis atau non konformis.
kata gua pada candidate yg dtg petang tadi. keluar dari kepompong. bebaskan diri. merdeka!!! jangan jadi produk kilang kalau nak sukses macam gua .... ptui!!!!! the preceding sentence tu gua tak ungkapkan pasal gua tak suka riak. gua bukan poyo.
siapa lagi yang ingin di inspire oleh gua, sila apply ....
02 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan