05 Februari 2009

DAH KENA KE?

gua yg semenjak dua menjak ni malas bicara tentang politik, mau atau tidak, rasa gatai nak celoteh sket. mestila bro, org tgh hangat bincang pasal negeri gua. dah le team bola gua tinggal bebudak hingusan kan......

nampaknya pak lan tak perkenan (bahasa kita ni tak setuju la) untuk bubarkan dun. baguih la tu. buat apa nak buang2 duit sementelahan lagi, pemilihan um no(tak nak) dah makin dekat. biaqla depa concentrate nak pilih (mati) pucuk pimpinan depa yg baru.

pak lan pun dah titah supaya abg nizar letak jawatan, dengarnya, abg nizar dah mendurhaka pasai dia tak mau akur dan taat kpd titah pak lan. awat jadik lagu ni aih???? lepas je la jawatan hang tu .... biaq pi depa seronok tubuh gomen baru. pru 13 lain cerita lain kisahnya.

depa kata demokrasi dilacurkan, demokrasi diomok2kan. demokrasi apa kita ni sejak kian lama?

pak lan setuju atau tidak bubar dun, itu hak dia. untuk nampak dia jalankan budi bicaranya dengan baik, dah jumpak pun semua 31 adun perak belah bn/atau penyokong bn. depa semua kata depa penyokong bn. nak kata apa lagi? tak betoi ka keputusan pak lan?

bijak atau tak keputusan pak lan tu, hanya masa akan tentukan. gua dah bilang dulu al juburi ni hampeh.... dia main2kan isu bodoh ni, lani kena batang idung sendiri. abg gua kata al juburi kena buat sesuatu. gua jawab, betoi ... pi mati cepat2 atau pencen politik.

lani hangpa nak kumpui ramai2 kat stadium nak buat apa? malam jumaat wei .... buatle benda pekdah sikit. gomen pr ni kan lagi ramai cina drpd melayu......

eh????? dah kena ka??????

Tiada ulasan: