17 Februari 2009

FEWWWWWIIIIIIIIIIT

dihujahkan betapa kontrak sosial telah wujud sejak rasulullah saw berhijrah ke madinah. maka harus dilihat kepada pasal2 (bukan carik pasal aaaaa) yg terkandung di dalam perlembagaan madinah untuk dijadikan sumber rujukan. dicetuskan tentang konsep keadilan iaitu meletakkan hak ke tempatnya. wah wah wah .....

diceloteh tentang perjuangan memartabatkan bangsa melayu. sebagai kaum majoriti, bangsa melayu yg agak ketinggalan wajar dibela. ia harus menjadi agenda nasional dan bukan hanya terhad kepada agenda ras. wiiiiiii wittttttt ........

gua pun tutop tv. salah abg gua la ni, suh bukak tv9. samdol betol!!!!!!

mari kita lihat kempen memerangi gejala dadah. pi jenguk penjara dan pusat serenti, tengok berapa ramai penagih/pengedar dadah dr bangsa melayu? kebanyakannya main ganja/kokain/candu/morfin. berapa ramai yg main pil? siapa yg ramai main pil ni? tgk betapa berkesannya perang menentang gejala salah guna pil. pasai apa? sendiri mau ingat.....

kempen menentang dadah adalah satu bisnes yg menguntungkan. makin ramai dicekup, makin banyak pusat serenti perlu dibuka. mungkin terpaksa tambah penjara. siapa dpt kontrak dobi, makanan, pencuci premis, pembekal ubat2an, pembekal katil, tilam, bantal, uniform????? sendiri mau ingat .....

depa kata perjuangkan bangsa melayu. dr mana munculnya syed mokhtar ni? apa dah jadi dgn halim saat, tajudin dll. kenapa bank bumiputra malaysia berhad asalnya ditelan boc, kemudian bergabung menjadi cimb? siapa yg penuhi kuota senior manager dan lain2 pangkat besar2 di cimb? jgn tengok lembaga pengarah dan pengerusi saja. itu semua cosmetic make up.

nak perkasakan melayu dgn menjunjung institusi di raja? siapa raja2 ni? berapa ramai yg membantu dan mesra rakyat. nak salam pun muka pandang tempat lain, punyale sombong. ada hati nak berbeta dan berpatik. ptui!!!!!!

nak memajukan melayu dgn mengajar maths dan sains dlm english? mencipta kuota kemasukan pelajar ke sbp, mrsm dan ipta yg kemudiannya diisi oleh kroni atau mereka yg ada kabel? membeli kesetiaan dan sokongan dgn material semata2? memomokkan institusi kehakiman dan legislatif?

mewujudkan mitos ketuanan melayu? melaung2kan keistimewaan melayu? mana keistimewaan tu? apa lagi yg tinggal? kuasa eksekutif disalahguna untuk kepentingan peribadi dan mencacai bangsa sendiri. menjual harga diri kepada pembida tertinggi? nak projek hulur duit pelincir dulu, time payment semua delay? bagi projek dgn syarat dpt komisen? tender terbuka yg sebenarnya tertutup?

semua ini sandiwara semata2. umpama menuntun wayang kulit, setiap watak dimainkan oleh tok dalang. ditarik kiri, ke kiri, ditolak ke tengah, ke tengah. akai ada ka? iman ada ka? fulus .... ADAAAAAA ...... apa daaaaa ......

bukak black book banyak2, sapa lawan diugut. siapa tentang dicantas. siapa beri idea membina, sideline. siapa bodek, lu okayyyyyyyy. lu memang jujur dan ikhlas dlm perjuangan.

hoiiiiii .... duit banyak2 apa mau bikin. tabur wang untuk buat wang. lagi banyak wang, lagi senang. nak senang tara mana cek?

ish ish ish ..... mari kita memelayukan dan melayukan bangsa melayu. ayuhhhhh .....

Tiada ulasan: