14 Februari 2008

ROKOK DAN ALAM SEKITAR

di setiap kotak rokok, tertera 1 notis : amaran oleh kerajaan malaysia, merokok membahayakan kesihatan. apakah fungsi amaran tersebut? dalam 1 artikel yg gua baca ribuan hari dulu, sebatang rokok akan memendekkan nyawa penghisapnya selama 3 minit. gua rasa org ni dulu berangan jadi tuhan kerana dia boleh tau berapa lama nyawa penghisap rokok akan dipendekkan. jadi, gua rasa penghisap rokok sangat beruntung kerana boleh predict bila depa nak mampus dan dptlah mereka bertaubat dulu. mungkin kelebihan ini menjustifikasi usaha kerajaan menaikkan cukai tembakau setiap tahun.
bercakap tentang cukai, gua pun pelik dengan alasan kenaikannya. katanya ingin mengurangkan penggunanya kerana harga akan menjadi mahal. jika mereka membeliakkan mata melihat statistik, mereka akan nampak statistik penagih dadah dan ganja terus meningkat selari dengan harga yang melambung tinggi. cerapan fakta ini akan menyimpulkan bahawa kenaikan harga tidak akan menurunkan permintaan. sebaliknya, ia akan menguntungkan kerajaan dr segi pungutan cukai yg bertambah. sebagai salah-seorang pembayar cukai yang utama, gua ingin menyeru kerajaan memberi pelepasan cukai kepada gua untuk setiap kotak rokok yg gua beli. dan jika kerajaan benar2 serius menyatakan merokok itu membahayakan kesihatan, masukkan ia ke dalam jadual barangan merbahaya dalam akta dadah berbahaya dan haramkan penggunaannya.
berbalik kpd bahaya rokok ni, gua juga terbaca bahawa setiap btg rokok mengandungi tar jalan, pesticide, nikotin, peluntur cat dan lebih kurang 30 bahan kimia lain yg merbahaya. kajian ini bagi gua memberi beberapa makna :-
1. merokok itu membahayakan kesihatan.
2.merokok itu umpama perbuatan membunuh diri.
3. bahan2 yg ada di dalamnya mewajibkan kerajaan mengharamkan penggunaanya.
4. majlis fatwa kebangsaan wajar mengeluarkan fatwa bahawa merokok itu haram.
so apa lagi...... tak reti2?????? whatttttlah ................

Tiada ulasan: