gua tidak paham kenapa ada kereta yg enggan memasang lampu dalam keadaan suram atau gelap. mereka ini mungkin mempunyai pandangan infra merah dan mampu melihat di dalam gelap. tetapi harus diingat bahawa tidak semua pemandu lain mempunyai power yg sama. dan salah-satu sebab memasang lampu ialah untuk mempastikan org lain juga dapat melihat kenderaan anda. anda bukan memandu kenderaan stealth tetapi menggunakan jalan yg sibuk dengan kenderaan lain. anda tidak akan jatuh miskin kerana memasang lampu kerana lampu kereta anda bukan dibekalkan oleh TNB dan tidak perlu membayar bil elektrik. azizi ali sendiri akan turut menasihatkan anda untuk memasang lampu kereta dalam keadaan gelap. gua juga yakin penggunaan petrol anda tidak akan bertambah dengan memasang lampu kereta itu. maka, anda tiada alasan untuk menjadi kedekut.
TALI PINGGANG KELEDAR
walaupun gua tidak paham maksud keledar, tapi gua percaya memakai tali pinggang keledar adalah satu kaedah memandu yang selamat. kajian yg dilakukan oleh saintis automobil dan fizik membuktikan impak kemalangan akan mengakibatkan pemandu dan penumpang sebelah pemandu terpelanting ke arah cermin dengan lebih fatal sekiranya mereka tidak memakai tali pinggang keledar. oleh itu, jika anda takut maut kemalangan jalan raya, pakailah tali pinggang keledar. sekiranya anda masih takut, naiklah keretapi atau lrt. gua juga percaya setiap kenderaan dibekalkan dengan tali pinggang keledar secara percuma tidak seperti cermin tinted, tayar sport rim, ekjos buluh betung dan lain2 aksesori yang akan membuatkan kereta anda lebih laju dan jimat petrol. sebagai rakyat malaysia, kita sepatutnya suka menggunakan barang yg free ini.
MENGGUNAKAN LAMPU INDICATOR
hasil amatan gua, ramai pemandu di negara ini benci menggunakan indicator sewaktu membelok, memotong atau berhenti. untuk mereka yg tidak tahu, ia boleh digunakan melalui tombol di sebelah kanan stering (untuk kereta jepun) atau kiri stering (bagi kereta continental). ia bukanlah suatu aksesori percuma yg tiada fungsi di dalam kereta anda. oleh itu, gunakanlah teknologi ini kerana rata2 pemandu di malaysia tiada super power yang boleh membaca fikiran anda. kita hidup di alam nyata bukan seperti siri heroes. 1 lagi, jika anda membelok ke kiri, janganlah memasang indicator kanan kerana tujuan anda berbuat demikian bukanlah untuk mengelirukan org lain. kalau nak mengelirukan orang lain, pergi bermain bola dan amalkanlah teknik2 pengeliruan ini terhadap lawan anda.
untuk lebih selamat lagi, ikutilah nasihat asah pensil. simpan kereta anda di rumah di dalam garaj dan pastikan kereta anda dibalut dengan cover. anda bukan sahaja dapat menghindarkan kemalangan pada kereta anda, anda juga tidak akan menyusahkan pemandu2 kereta lain dgn cara pemanduan anda yang bangang begitu.
sekian tips keselamatan untuk malam ini. kepada para pembaca, sila masukkan RM10 ke dlm akaun maybank no 106045200123 sebagai tip kpd saya memberi tips-tips ini. selamat memandu. anda mampu mengubahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan