masa gua form 1, buat pertama kalinya gua didedahkan dengan irama rock (member gua yg lani dah ska kata, rock kangkang). masa gua kecik skolah rendah mana le gua pernah layan lagu2 rock ni. balik2 ahmad jais, sanisah huri, latip ibrahim, sharipah aini, uji rashid, hail amir dll. tetiba je gua didedahkan dgn rock (kangkang ni). gua terkujat jugek mula2 walaupun lagu2 yg gua dengar semua rock otai, deep purple, rainbow, scorpions, uriah heep (punyale kangkang).
then muncul search, band rock pertama di mesia yg buat album. masa mula2 dengar, kira gempak le jap. gua juga ada dengar battle of the bands, gabungan band2 rock dan salah-satu band tu ada ratu rock mesia yg pertama. kalau gua masih tak lupa, dlm album tu ada lefthanded, may, ella & the boys,metallian dan scandals (maklumle dah tua ni, ingatan tak accurate). dlm semua band tu, gua paling suka may pasal depa yob kot (melayu kan assabiyah). lagi 1, suara mus yg sengau2 sket tu bila tarik (especially bila tgh high) memang mendayu dan menusuk kalbu.
masuk form 2, gua mula rapat dgn 1 mat rock dr perlih (dia ni dulu2 kalau main gitar, semua kod tipu). so, gua pun dah di expose kpd muzik2 metal besi buruk. biasala, perlih kan ramai budak2 black metal (tak islamik betoi depa ni). dia le yg introduce gua kat metallica. gua ingat lagi 1st album yg gua beli ialah master of puppets. gua balik kg and pasang kat radio atok gua, dgr 3 lagu terus gua tutop... kejutan budaya betol. gua juga mula layan dio, iron maiden, motley crue, yngwie malmsteen, twisted sisters (kawan ska gua mesti suka band ni pasal depa nyanyi lagu love is for suckers) dll.
di mesia plak, timbul band favourite gua...wings (member ska gua kata vokalis dia gemok, poyo mcm samseng pasal dia lani kunonnya dah 3 line). tapi dlm byk band rock (kangkang) ni, gua amat suka pada belantara pasal muzik depa unik. 1 problemo, vokalis dia punya suara mcm tayik keras tak mo keluar dr dubor...spoil betol! meluat betol gua. tapi gua rasa band yg brutal ialah cromok, bukan amok.... nyanyi je mesti nak teran mcm tak boleh lucut seluar tight fit masa dah nak terkucil... wei, bani bandi ke apa nama lu.... apa masalah lu? cromok le band metal yg 1st di mesia buat album. ganaz depa ni. nasib baik lirik depa bahsa inggerish, kalau tak...haram wa tak paham bahsa jerman depa ni. tapi bila diingat balk, memang sepatah haram gua tak paham apa vokalis dia sebut dlm semua lagu. tu yg gua suspek dia nyanyi dlm bahsa jerman.
2 ulasan:
rock!
apa la lu kutuk orang nyanyi sampai macam nak terberak?
sampai orang lain kutuk rock pun lu nak kutuk?
apa?lu ni pro-kutuk ke?
ni kan tempat menggoblok kan org. nama nye pun whatlah (what iaitu apa dan lah, sempena nama pee yem kelima yg gua sanjungi)
Catat Ulasan