28 Februari 2008

SETINGGAN

orang melayu di setinggan
mengangkat sepanduk dan berpegangan tangan
membina pagar manusia untuk berdepan
jentolak dan penguasa melayu yg muka bengisan

orang melayu di setinggan
merayu melaung mengherdik
tetapi melayu penguasa semua tuli dan tidak celik
hanya menurut perintah membabi buta tak keruan
atas nama pembangunan dan kemajuan

orang melayu di setinggan
hilang rumah yg menjadi warisan
dihalau ke flat kecil yang membebankan
kerana tidak mampu membeli
terpaksa berhutang dengan along dan ceti

orang melayu di setinggan
merintih meratap akan nasib malang
kerana berharap pada ehsan kerajaan
yang hati hitam dan petualangan

orang melayu di setinggan
cuma sekelompok manusia pinggiran
menjadi mangsa undang-undang manusia
yg adakalanya mengundang persoalan
adil atau bijak untuk dilaksanakan.

Tiada ulasan: