14 Februari 2008

NAK SIHAT?

adakah alam sekitar kita terlalu tercemar sehingga menjadikan suatu perbuatan yang tidak selamat untuk rakyat beriadah di kawasan terbuka? adakah benar menyihatkan badan dengan bersenam di dalam gym yg berhawa dingin dengan program2 yang diatur oleh trainer yg terlatih? apakah bezanya riadah luar dengan senaman di dalam gym yg tertutup? adakah impaknya berbeza?
sebagai pendokong teori azizi ali, saya menyatakan adalah suatu pembaziran untuk menjadi ahli kepada pusat2 gym ini yang mengenakan bayaran. sebaliknya, anda boleh menjadi sihat dengan berjogging di taman2 umum yang dibina oleh kerajaan barisan nasional untuk kegunaan dan kepentingan rakyat jelata. tak percaya? lagi 3 bulan tanya asah pensil. dia pasti mengiakan statement saya ini. jogging menyihatkan tubuh badan apatah lagi ia dilakukan dalam environment asli dan bukannya ciptaan manusia.
ini semua gara2 manusia menjadi semakin manja. nak bersenam pun mesti dalam keadaan yang selesa dan nyaman. apatah lagi jika terdapat buah2an betik, mangga, pic, epal, limau atau tembikai bersebelahan. maka nawaitu bersenam dah bertukar menjadi lain. jika anda minat pada buah2an begitu, tidak perlu spend duit yg banyak. melepak saja di klcc atau lain2 pusat komersial lain. saya yakin hasilnya sama, malah mungkin lebih memberangsangkan dan terangsang. azizi ali pasti bersetuju dengan saya kerana perbuatan tersebut tidak melibatkan kos tambahan dan dengan itu, anda mungkin menjadi lebih kaya sebanyak RM2400 setahun (anggaran fee RM200 sebulan). banyak tu........... RM2400 x 10 tahun dah jadi RM24000, boleh buat down payment beli rumah (dengan syarat teori asah pensil bahawa dalam masa 10 tahun nilai RM24000 tu hanyalah RM2.40 sekarang hanyalah ibarat ipoh mali kincing tatak bunyi).
jika anda membaca posting saya sebelum ini, maka untuk kesihatan janganlah merokok. minum banyak air masak. makan sayuran dan buah2an. ingat.... makan dan bukannya usha buah2an. nanti hasilnya mungkin memudaratkan kesihatan tubuh badan.
akhir kata dari saya.... whattttttlah....................

Tiada ulasan: