24 Februari 2008

RELEVAN

siang tadi gua hadzir majlis aqiqah 2 anak menakan pupu gua di bangsar. sempatlah gua bersembang dgn pak menakan gua yang datang dari tanjung. perbualan berkisar tentang pilihanraya dan kerajaan barisan nasional yg didominasi dengan isu alif min nun wau (sarkis). pak menakan gua seorang pencen gomen berusia 68 tahun. sedikit uzur kerana penyakit jantung dan gua sedikit berhati2 bila mula berbual kerana isu yang dibangkitkan sangatlah menjolok mata gua.

pak menakan gua berkata kerajaan bn adalah satu2nya komponen parti politik yang mampu memimpin dan menerajui malaysia. pihak pembangkang tidak tahu membuat kerja dan hanya tahu melalak itu tak kena, ini tak betul. gua diam dan senyum mengangguk (bukan setuju tetapi kerana gua respek pak menakan gua dan tidak mahu dia diserang sakit jantung). pak menakan gua dengan tegas berkata kerajaan bn mesti dikembalikan dengan majoriti besar agar mereka mudah membuat kerja. jika tidak, semua akan sangkut.

pak menakan gua terus bercerita bagaimana bn telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat. namun, gua terkedu sebentar kerana walaupun pak menakan gua kini menetap di kepala batas, dia berkata pantek lah (kalau lu org tak tau, itulah panggilan mesra gua untuk pak lah) sangatlah lembabnya. ini peluang gua untuk cucuk jarum. gua kata wakil rakyat hanya tahu kumpul harta. semua takut jadi mp hanya sepenggal, maka mereka semua pulun selagi boleh untuk membuat harta. ini bukan kerja wakil rakyat. wakil rakyat sepatutnya berkhidmat kepada rakyat dan bukan untuk tembolok dan kerandut sendiri.

gua bagitau pak menakan gua, alif min nun wau (sarkis) sudah tidak relevan kerana rata2 pemimpinnya membutohkan wang, pangkat dan kuasa. org melayu tidak dibela. katanya ketuanan melayu tetapi apakah lagi kuasa yang ada pada melayu untuk menjadi tuan? dibalasnya org muda tidak sabar dan hanya tahu menyalahkan tanpa cuba membetulkan. lagipun itulah caranya sejak sekian lama, apa yang tidak membangun pada negara. kita telah maju.

gua bagi dia 2 poin. pertama, bagaimana orang muda hendak join parti "kera"mat tu kalau pemimpinnya semua jumud dan bertindak atas kepentingan sendiri. bagaimana orang muda yang ada misi dan visi untuk bangsa boleh memasuki parti dan menjadi pemimpin jika kriteria pemimpin ialah mesti banyak duit untuk disuapkan kepada penyokong? kedua, jika by his own admission parti itu sejak kian lama mengamalkan politik wang dan mengejar wang, apakah mereka kini mahu mengubah pemikiran dan menerima pembaruan...semua atas nama bangsa?

gua bercerita tentang tun razak, bapa pembangunan malaysia dan pencetus revolusi pembangunan dan kemajuan bangsa melayu. bagaimana gua respek dgn pemimpin sebegitu. bukan seperti pemimpin mutakhir. dia kata tun razak pun sama, lembek dgn bangsa che. jika betullah pernyataan pak menakan gua, maka gua amat sedih dan tidak menaruh harapan apa langsung kepada alif min nun wau (sarkis) lagi. terbukti mereka dari asal adalah parti yang hanya gah pada nama. sedangkan hakikatnya, terlalu kompromi kepada bangsa lain atas alasan national integration, unity and stability. gua bukan racist tapi hanya bangsa melayu boleh menolong dan mengangkat bangsanya sendiri. bangsa lain tidak akan buat lagu tu pada kita. semua parti etnik bersifat perkauman untuk kepentingan bangsa sendiri. sayangnya, alif min nun wau (sarkis) tidak begitu.

jadi, di manakah dan apakah relevannya lagi alif min nun wau (sarkis) ini????

whattttlah......

Tiada ulasan: